Ahad, Mei 14, 2017

[Video] Fasha Sandha Kongsi Link Bukti Kena Halau Di Instagram



Pihak penganjur majlis pertunjukkan fesyen yang mencetuskan kontroversi telahpun tampil memberikan penjelasan bahawa kontroversi yang melibatkan pelakon Fasha Sandha dan Nora Danish itu sebenarnya berpunca daripada salah faham.

Bagaimanapun, Nora Danish telah memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Fasha Sandha atas alasan mahu menjaga maruah diri dan imej yang tercalar. Menurut Nora Danish perniagaannya juga terjejas malah ada peminatnya sudah beralih arah disebabkan isu ini.

Fasha Sandha yang sedang bercuti bersama dua orang anaknya sempat lagi membalas isu disaman Nora Danish, malah turut menyertakan hasgtag #TakTakutPun dalam posting di Instagram miliknya. Malah, Fasha juga turut berkongsi link video di profil Instagram miliknya, yang antara lain memaparkan bukti perbualan mengatakan Nora Danish akan tarik diri daripada pertunjukkan fesyen tersebut jika Fasha Sandha hadir!