Selasa, Mei 16, 2017

Tutup Buku Soal Cinta, Kalau Boleh Fattah Amin Nak Buat Semua Benda!



Nampaknya Bintang Paling Popular ABPBH30, sudah tutup buku berkenaan soal cinta.

“Saya sudah tutup buku dan tidak mahu komen tentang hal yang sudah berlalu. Jodoh, rezeki yang saya dapat dan ajal adalah tiga perkara yang saya tidak boleh jangka. Namun buat masa ini tiada sesiapa lagi dan seperti jawapan klise artis lain, sekarang masa untuk saya bekerja”

“Alhamdulillah, rezeki ini memang tidak dijangka. Ini adalah hasil kerja saya sepanjang tahun, sehingga hari ini saya belum cuti walaupun sehari. Macam semua tahu, semua benda saya nak buat, tapi saya tidak kisah dan tidak pernah rasa penat kerana saya suka dengan apa yang saya buat” katanya kepada mStar Online.