Selasa, Mei 09, 2017

Tolak Tawaran Berlakon; Khai Bahar Mahu Fokus Nyanyian



Karier seni suaranya semakin menjadi-menjadi. Bakal tampil dengan single ketiga, Luluh selewat-lewatnya selepas sambutan Aidilfitri nanti, Khai mengharapkan tuah menyebelahinya.

Namun, dia juga sedar usaha berlipat ganda harus sentiasa menjadi prinsip malah disiplin dan juga komitmen dalam mengharungi dunia seni seharusnya menjadi pegangan diri.

Tidak mahu terlalu tergopoh gapah dalam menyusun langkah, Khai terpaksa ‘menolak’ secara baik beberapa tawaran lakonan kerana kekangan waktu. Dia tidak mahu hilang fokus.

“Kalau boleh saya tak nak tolak tawaran itu, cuma kesibukan waktu membataskan saya. Saya memang terfikir untuk terjun dalam bidang lakonan pula tetapi sekarang memang sibuk.

“Tawaran itu ada, cuma kita tunggu dahululah. Saya mahu fokus dengan dunia nyanyian dahulu. Saya juga merancang untuk tampil dengan single raya nanti, tunggu tau!” katanya. - Utusan