Jumaat, Mei 19, 2017

Terjun Industri Hiburan, Zaquan Adha Nafi Tak Laku Di Padang Bola



Pemain bola sepak Perak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak memberitahu keputusannya terlibat dalam industri hiburan bukan kerana bakal meninggalkan dunia sukan.

Dia yang menerima tawaran sebagai duta kempen Terima Kasih Ramadan anjuran TV3 itu berkata, penglibatannya sekadar memberi sokongan dalam melakukan kerja-kerja amal yang dianjurkan stesen televisyen itu.

"Terlalu ramai yang bertanya di laman sosial adakah saya sudah jadi pelakon? Ada juga yang bertanya adakah saya sudah tidak laku sebagai pemain bola sepak sehingga ingin menceburi bidang lakonan?

"Di sini saya ingin jelaskan bahawa ia tidak benar dan kerjaya saya sebagai pemain bola sepak masih baik. Saya terima tawaran ini pun bukan memerlukan untuk saya berlakon. Jika sekadar berlakon iklan sahaja saya okey," ujarnya kepada mStar Online.