Ahad, Mei 14, 2017

#TakTakutPun Fasha Sandha Respon Tuntutan Saman Nora Danish



Fasha Sandha yang sedang bercuti bersama dua orang anaknya dalam masa yang sama sempat memuat naik kenyataan balas berkenaan tindakan Nora Danish yang telah pun memfailkan saman fitnah terhadapnya.

“Nak saman saya? Kenapa nak saman saya? Kenapa tak saman pihak pihak penganjur pertunjukan jenama awak itu, yang telah menyebarkan perkara itu pada malam tersebut dan memberitahu bahawa awak menghalang kedatangan saya dan akan tarik diri jika saya hadir”

“Jangan lupa saya ramai saksi di tempat kejadian. Permainan halus apakah itu? Tunggu apa pula tindakan yang saya akan ambil terhadap perkara ini,” jelas Fasha di akhir kenyataannya itu. Malah Fasha turut menulis hashtag #TakTakutPun dalam kenyataanya itu. 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on