Popular menerusi single pertamanya, Sedalam Dalam Rindu, Tajul yang ditemui baru-baru ini bagaimanapun menjelaskan, perasaan cemburu tersebut disulam rasa bangga melihat kejayaan rakan-rakannya.

Katanya, populariti yang dikecapi Aiman dan Khai adalah hasil kerja keras mereka yang begitu akrab dengan peminat masing-masing.

“Hubungan yang dibina dengan peminat telah meletakkan mereka pada satu tahap yang tinggi sehingga Aiman dan Khai mampu mengecapi populariti.

“Saya tumpang bangga dengan pencapaian yang telah mereka berdua capai dan tidak dinafikan, itu adalah rezeki yang telah ditentukan oleh-Nya.

“Sejujurnya, saya juga mengimpikan pencapaian seperti mereka, bukan sahaja dari sudut populariti, malah seiring dengan kualiti,” ujar adik kepada Allahyarham Achik Spin itu. - Utusan Online