Selasa, Mei 09, 2017

Syatilla Melvin, Shaheizy Sam Selamat Timang Cahaya Mata Pertama



Tahniah kami ucapkan kepada Syatilla Melvin dan juga Shaheizy Sam kerana telah selamat menimang cahaya mata pagi ini, Perkara tersebut dikongsikan Syatilla melalui akaun Instagram miliknya.

Syatilla Melvin selamat melahirkan anak lelaki kira-kira pukul 10 pagi Selasa. Bayi sulung tersebut dilahirkan di Pusat Perubatan Ampang Puteri.

Sementara itu, ibu kepada aktor berkenaan iaitu Khaty Fauziah turut meluahkan rasa gembira apabila kedua-dua ibu dan bayi tersebut berada dalam keadaan selamat.

"Alhamdulillah, selesai sudah... hari ini 9.05.2017 lahirnya seorang insan lelaki. Tahniah anakandaku," ujarnya.