Isnin, Mei 08, 2017

Sufian Suhaimi Nak Tambah Berat Badan Tapi Tak Mahu Sado



Menyedari dirinya kurus, penyanyi Sufian Suhaimi, 25, memulakan rejim menambah berat badan tapi bukan mahu menjadi sado.

"Saya bukanlah nak jadi sado... cuma naikkan berat badan. "Selama ini, kesibukan jadual kerja membuatkan waktu makan tidak menentu. Kalau dah letih sangat, saya tak makanpun. "InsyaAllah kalau dapat bina badan sedikitpun okay... nak sangat badan ini naik," katanya kepada BH Online.