Jumaat, Mei 19, 2017

Soal Jodoh, Erra Fazira Tak Mahu Fikir Lagi...



Pelakon dan penyanyi Erra Fazira enggan lagi memikirkan secara serius tentang perkahwinan sebaliknya dia meletakkan perkara itu kepada ketentuan Allah.

Jelasnya, pada tahap sekarang dia ingin memberi fokus kepada perkara lain termasuk kerjayanya selain gembira dengan kehidupan ketika ini.

"Hendak harapkan jodoh itu datang bergolek, entah bila? Jadi saya mengambil keputusan untuk 'go with the flow' sahaja tentang cinta.


"Rasanya lebih baik saya fokus kepada benda lain seperti kerjaya saya. Soal ini saya tidak mahu lagi fikir, jika ada jodoh saya pasti ada jalannya," katanya. - mStar Online