Rabu, Mei 03, 2017

Siti Nurhaliza Tepis Tuduhan Sekat Peluang Peniaga Online!



Siti menepis dakwaan bidang perniagaan pakaian yang diceburinya sejak setahun lalu mengancam punca rezeki usahawan kecil, terutama mereka yang berniaga secara dalam talian. Menurut Siti, 37, beliau tidak berniat untuk menyekat rezeki sesiapa kerana bisnes pakaian sudah menjadi impiannya sejak dulu lagi.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Creacion Anugerah Aidilfitri 2017 yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. Bagi koleksi


sempena Hari Raya itu, Siti menekankan konsep Nostalgia yang menjurus kepada rekaan pernah digayakan biduanita tersohor yang juga bintang legenda, Allahyarham Puan Sri Saloma. Koleksi siap dipakai itu akan mula berada di pasaran pada 10 Mei ini, manakala koleksi premium pula akan dijual pada penghujung Mei. – Berita Harian Online