Rabu, Mei 10, 2017

Siti Nordiana Minta Maaf; Nafi Buat Perangai



“Sepanjang dua tahun kembali aktif, saya tidak pernah datang lambat ke mana-mana program kerana dilayan seperti seorang askar oleh pengurus saya. Dia akan bagi ‘call time’ dua jam awal daripada masa sebenar supaya saya tidak tiba lewat”

“Saya tidak tahu menahu mengenai gosip yang tersebar itu tetapi mengaku ada minta budi bicara pihak produksi supaya awalkan giliran saya. Ketika itu saya sampai awal tetapi program itu tidak mula lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Nana lagi, tujuan dia terpaksa mengambil keputusan tersebut kerana dia turut terlibat dalam acara anugerah yang akan disiarkan secara langsung di lokasi lain. Penyanyi wanita mula mengetahui perkara berkenaan pun dari sebuah ruang gosip akhbar tempatan.

“Sudah tentu saya terkilan kerana sebagai artis saya sedaya upaya memberi sepenuh komitmen dan sokongan terhadap program-program tempatan. Apa pun, dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kalau ada melakukan kesilapan atau menyusahkan mana-mana pihak,” jelasnya

1 Komentar:

Write Komentar
10/5/17 4:19 PTG delete

Such a humble lady :)

Reply
avatar