Sabtu, Mei 13, 2017

Sinopsis Telefilem Mamaku Guru Besar; RTM TV1



SINOPSIS MAMAKU GURU BESAR

Mengisahkan Cikgu Zabedah, seorang guru besar cemerlang di sebuah sekolah rendah di Kota Bharu, Kelantan. Berlaku perubahan sikap dan karakter ke atas Cikgu Zabedah yang suka berleter serta cerewet dalam pentadbiran sekolah. Gelagat serta ketegasan yang keterlaluan membuatkan Cikgu Zabedah tidak disenangi oleh beberapa orang guru di sekolahnya. 
Di rumah Cikgu Zabedah memaparkan perwatakan yang berlainan terhadap suaminya, Pak Mustafa dan memperlakukan suaminya itu seperti pemandunya. Pak Mustafa seorang usahawan yang berjaya dalam bidang pengurusan sekolah memandu. 
Mereka suami isteri selalu bergaduh kerana perbezaan pendapat, nilai dan prinsip masingmasing. Tambahan pula cara mendidik anak bongsu mereka yang berlainan. Cikgu Zabedah menyerahkan kesemua tanggungjawab mengurusan hal ehwal rumah, pakaian serta makan minum sekeluarga pada orang gaji dari Indonesia iaitu Bibik Sunari. 
Muiz, adalah anak bongsu dan seorang pelajar cemerlang. Muiz telah berubah menjadi pelajar yang sering ponteng sekolah apabila segala kemahuannya dipenuhi oleh Cikgu Zabedah. 
Pengaruh rakan sekolah juga menyebabkan Muiz ponteng sekolah, jadi remaja liar dan berhasrat mahu melarikan diri. 


 Pelbagai insiden yang berlaku menyebabkan Cikgu Zabedah cuba untuk mengubah diri dan prinsip yang dipegangnya. Namun masihkah ada peluang untuk Cikgu Zabedah? Dapatkah Pak Mustafa memaafkan isterinya itu? Siapakah yang berjaya mengubah Muiz?