Isnin, Mei 08, 2017

Sinopsis Telefilem Fatihah Untuk Mama; Skrin Di 9, TV9



SINOPSIS FATIHAH UNTUK MAMA


Kerana salah faham, Fatihah amat membenci ibunya kerana dikatakan ibunya-lah punca kematian ayahnya. Azizah dipinggir anaknya, Fatihah selepas pemergian suaminya. Azizah merindui anaknya itu dan teringin sekali untuk menyambut puasa bersama Fatihah. Fatihah dengan angkuh menyatakan dia tidak mahu Azizah muncul di dalam hidupnya lagi.


Saksikan telefilem Fatihah Untuk Mama hasil arahan Along Kamaludin yang menampilkan lakonan Syafiq M. Nazri, Mimi Lana, Normah Damanhuri dan Emelda Rosemila. Akan disiarkan di TV9 hari Isnin ini pukul 8.30malam.