Sabtu, Mei 13, 2017

Sinopsis Telefilem Ana Anak Ibu; Astro Citra/Mustika HD



SINOPSIS ANA ANAK IBU

Diinspirasikan daripada kisah benar yang menyentuh perasaan, kisah seorang kanak-kanak yang bernama Ana yang mengidap penyakit barah tahap 4. Menyedari masa yang Ana ada sudah tidak lama, Jannah cuba untuk memenuhi permintaan terakhir anaknya.

Nantikan telefilem Ana Anak Ibu arahan Ghaz Abu Bakar. Dilakonkan oleh Umie Aida, Puteri Balqis, Khir Rahman, dan Aryanna Alyssa. Tayangan sempena Hari Ibu di slot Citra Exclusive, Sabtu ini 13 Mei, jam 9 malam di Astro Citra (131) & Mustika HD (134).