Isnin, Mei 29, 2017

Sinopsis Drama Seharum Mawar; Widuri TV1



SINOPSIS SEHARUM MAWAR

Walaupun keputusan SPM Mawar, cemerlang, namun disebabkan kesempitan hidup, hasrat untuk menyambung pelajaran perlu dilupakan. Mawar terpaksa bekerja sebagai orang gaji di rumah Hafifa setelah kematian atuknya. Di sana, bermula satu kehidupan baharu, dia terpaksa menghadapi kerenah anak-anak Puan Hafifa iaitu Farhan, Armin dan Syakir. Air mata sentiasa mengiringi hari-harinya.

Nantikan drama terbaru terbitan JS Pictures Sdn Bhd berjudul Seharum Mawar. Bakal menampilkan lakonan Ika Nabila, Hafidz Roshdi, Fezrul Khan, Atikah Suhaime dan ramai lagi. Drama arahan Amie Maziah ini akan menghiasi slot Widuri di TV1 mulai 26 Mei ini, tayangan setiap hari sepanjang ramadan, pukul 7.00malam. Bagi anda yang ketinggalan boleh menontonya secara online di myklik.rtm.gov.my