Isnin, Mei 29, 2017

Sinopsis Drama Mr. Stalker Saya Cintakan Awaklah; HyppSensasi



SINOPSIS MR STALKER SAYA CINTAKAN AWAKLAH

Kehidupan  Nadine Tasyrif berubah sekelip mata, tunang dia curang, dia terlibat dalam kemalangan ngeri sehingga di tuduh pembunuh dan kariernya sebagai model hancur. Kemunculan Nilla si gadis garang membuat Zein Asyraff seorang jurugambar jatuh cinta. Namun Nilla seolah menyembunyi kan sesuatu. Nilla tidak menduga takdirnya membawa kepada peristiwa yang dia cuba lupakan.

Drama bersiri adaptasi novel Mr. Stalker Saya Cintakan Awaklah! karya Hannah Ezaty akan ditayangkan sepanjang bulan Ramadan mulai 26 Mei ini jam 6 petang di HyppSensasi Saluran 116. Drama sentuhan pengarah Rusdi Ramli ini menampilkan gandingan Putra Amaris, Mona Allen dan Natasya Mahyan.