Selasa, Mei 30, 2017

Sinopsis Drama Ketupat Rendang Brownies Coklat; TV3



SINOPSIS KETUPAT RENDANG BROWNIES COKLAT

Sudah hampir tiga tahun, Zaid (Rashidi Ishak) dan keluarganya tidak menyambut Hari Raya bersama-sama di kampung halaman mereka. Ibu bapanya, Wan (Khatijah Tan) dan Tok Wan (Mior Hashim Manaf) jelas sekali merindui cucu kesayangan mereka dan kian beria-ia meluangkan masa bersama-sama mereka. Tahun ini tiada bezanya buat Zaid kerana isterinya Elyna (Rita Rudaini) sibuk bekerja. Apabila Zaid menelefon untuk memberitahu ibu bapanya bahawa mereka tidak akan pulang ke kampung, Wan berpakat dengan Tok Wan untuk pergi ke bandar dan memberikan kejutan buat Zaid.

Walaupun Wan merasai dirinya seperti tidak diundang oleh Elyna, dia tidak berputus asa dan memutuskan untuk menggunakan senjata rahsia beliau dengan hidangan rendang yang enak, dimasak dengan penuh kasih sayang bagi memenangi hati keluarganya.

1 Komentar:

Write Komentar