Rabu, Mei 03, 2017

Shaheizy Sam Mahu Buka Instagram Anak Pada Hari Pertama Kelahiran



Pelakon Shaheizy Sam merancang untuk mendaftarkan akaun Instagram anak sulungnya pada hari pertama kelahiran nanti.

Shaheizy berkata, dia mahu menjadikan laman sosial tersebut sebagai ruang untuk dia mengabadikan foto kenangan sepanjang anaknya membesar.

"Saya merancang untuk membuka laman Instagram peribadi untuk anak pada hari pertama kelahiran kerana sebagai bapa saya nak melihat proses anak membesar.

"Setidak-tidaknya bila dia sudah dewasa nanti bolehlah dia tengok gambar-gambarnya semasa masih kecil dan ini akan menjadi memori yang cukup indah untuk dikenang semula.


"Kewujudan laman sosial bukan bermaksud saya memberi pendedahan kepada anak mengenai dunia hiburan, sebaliknya saya anggap ia hanyalah ruangan sosial semata-mata," ujarnya kepada mStar Online.