Isnin, Mei 08, 2017

Senarai Artis Bakal Menghangatkan Pentas ABPBH 30



Edisi ke-30, ABPBH sekali lagi mengundang bintang hebat, Fauziah Ahmad Daud, untuk melaksanakan tugas sebagai pengacara anugerah berprestij itu.

Selain pengacara, dan selebriti yang mengisi ruang Top 5, yang akan menjadi menjadi perhatian ramai, barisan artis yang membuat persembahan pastinya menjadi intaian ramai.

Bagi menghangatkan segmen persembahan, penganjur membariskan bintang baharu dan lama seperti Search, Noraniza Idris, Dayang Nurfaizah, Mawi, Haiza, Syamsul Yusof, Altimet, Elly Mazlein, Ayda Jebat, Asmidar, Khai Bahar, Tajul dan Salma. Penonton juga bakal dihidangkan dengan sebuah segmen kejutan yang pastinya menggegarkan lagi malam kemuncak anugerah hiburan berkenaan. - BH Online