Isnin, Mei 15, 2017

Saya Tak Terdesak Cari Cinta - Nelydia Senrose



Gagal dalam hubungan cinta yang tidak berakhir ke jinjang pelamin, ini bicara pelakon cantik Nelydia Senrose.

“Saya masih ‘single’. Selepas melalui fasa hubungan yang lama, yang kemudiannya tidak berpihak kepada diri ini, ia membuatkan saya bagai tersedar daripada lamunan. Cinta juga kini bukanlah keutamaan dan saya sendiri tidak memberikan tumpuan kepada perkara itu”

“Tiada rezeki untuk saya bercinta dengan sesiapa. Selepas putus cinta, hala tuju saya lebih kepada kerjaya, keluarga, perniagaan dan diri sendiri. Buat masa ini, saya tidak mahu terdesak mencari cinta. Saya yakin, akan ada jodoh untuk saya nanti,” katanya kepada Berita Harian Online.