Rabu, Mei 10, 2017

Saya Tak Layak Jadi Ikon Poligami - Ashraf Muslim



Menurut pelakon Ashraf Muslim yang beristeri dua, dia jauh sekali hendak bermegah atau mahu diangkat sebagai ikon poligami apabila dia dilihat berjaya menggemudi rumah tangganya dengan baik, sebaliknya kata Ashraf masih banyak perlu dipelajarinya.

Tegas pemilik nama sebenar Muhad Ashraf Muslim, 35, ini, Nabi Muhammad sentiasa dijadikan rujukan dalam kehidupan seharian agar rumah tangganya kekal bahagia.

"Kalau ada yang hendak beri gelaran itu saya memang langsung tidak layak kerana saya sendiri masih lagi banyak belajar namun Alhamdulillah rumah tangga saya bersama dua isteri bahagia.


"Contoh ikutan saya hanya seorang iaitu Nabi Muhammad  dan sunahnya dalam mengemudi dua bahtera ini kerana Baginda ikon paling baik," katanya kepada mStar Online.