Sabtu, Mei 13, 2017

Saya Dan Fasha Tak Baik, Tapi... - Nora Danish



Nampaknya isu berkenaan Fasha Sandha hampir dihalau dari sebuah majlis pertunjukkan fesyen masih diperkatakan...

Terkini menerusi mStar Online, ini luahan Nora Danish yang dikongsikan...

Nora Danish meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan tindakan aktres berkenaan yang telah menjejaskan maruah keluarga dan perniagaannya selain berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap Fasha.

Tambah Nora, tuduhan buruk yang memberi persepsi negatif itu secara tidak langsung menjejaskan perniagaan yang sedang dipromosikannya.

"Saya sedih dan terkilan kerana tindakan dia telah membuatkan beberapa pelanggan saya ingin memulangkan balik baju raya yang telah mereka beli. Ada juga yang berpaling arah dan benci kepada saya.

"Hubungan saya dan Fasha memang dari dulu tidak baik tapi tidaklah sampai saya menghalang dia hadir atau halau dia pada majlis itu. Itu bukan majlis saya dan saya tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu dia datang atau tidak.


"Kalau benar saya mahu bertindak demikian kenapa baru sekarang?" soalnya.