Isnin, Mei 29, 2017

Resipi Opor Sotong



BAHAN-BAHANNYA 
1 kg sotong, kerat bulat, cuci bersih dan celur sekejap, toskan
2 camca besar ketumbar serbuk
2 camca besar jintan manis/jintan kasar serbuk
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)
5 camca besar cili kisar
1 inci lengkuas, dititik
1 batang serai, dititik
1 cawan santan
2 helai daun limau purut
2 camca teh kerisik
Garam dan gula secukup rasa (mat guna gula melaka)
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA 
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah serbuk ketumbah dan serbuk jintan manis, kacau rata dan masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.

Masukkan serai, lengkuas dan daun limau purut dan kerisik, masak sekejap dan bila kuah pekat masukkan sotong gaul tata, perasan kan dengan garam dan gula secukupnya. Rasa dan jika ok boleh diangkat. Hidangkan panas bersama nasi hangat..