Ahad, Mei 28, 2017

Produk Datuk Seri Vida Antara Dikesan Beracun



Orang ramai dinasihatkan untuk menghentikan penggunaan tujuh produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual dan segera mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, antara produk yang terlibat ialah produk Vida Beauty Sdn. Bhd. iaitu Qu Gebu AP Krim yang didapati mengandungi hydroquinone dan tretinoin.

Vida Beauty dimiliki oleh Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr. Vida.
Sebelum ini, dua produk keluaran Vida Beauty yang ditarik balik daripada pasaran ialah krim Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block kerana mempunyai kandungan merkuri pada 22 Januari 2016. - Kosmo!