Rabu, Mei 24, 2017

PM Puji Mat Over, David Teo; Benarkah Semuanya Sudah Terlerai?



Kehadiran dua penggiat seni, yang menjadi bualan hangat netizen baru-baru ini, pada pembentangan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2016 di sini malam Selasa menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang baru tujuh minit membentangkan laporan NTP, menjadikan penerbit filem David Teo dan pelawak Sulaiman Yasin atau Mat Over sebagai contoh semangat bersatu-padu dalam kalangan rakyat.

Sambil tersenyum memandang Teo dan Mat Over yang duduk di barisan hadapan di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi MARA (UiTM), perdana menteri berkata: "Ni, depan saya ni, nampaknya saudara Mat Over pun hadir dan Mejar David Teo pun ada. Duduk sama-sama lagi...macam ni la bagus.


"Ini yang saya mahu sebagai PM (perdana menteri) dan kerajaan hendak lihat rakyat kita bersatu-padu...barulah Malaysia akan berjaya," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin termasuk penjawat awam dan pekerja swasta, mahasiswa serta tetamu jemputan. - mSatr Online