Selasa, Mei 23, 2017

Pelakon Dan Watak Drama Hero Seorang Cinderella; Astro Ria/Ria HD



Nantikan drama adaptasi novel Hero Seorang Cinderella karya Anjell yang akan disiarkan di slot Mega Drama (Astro Ria). Diterajui oleh Fattah Amin dan Fazura sebagai pelakon utama. Drama bersiri arahan Michael Ang ini juga dibintangi pelakon seperti Uqasha Seinrose, Datin Zizie Ezette dan Jasmine Suraya. Akan ditayangan bermula 22 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Khais pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan HD 123. 

WATAK PELAKON 
Fattah Amin sebagai Tengku Ian Uzzam
Nur Fazura sebagai Nura Medina
Zizie Izette sebagai Puan Sri Mawar
Uqasha Senrose sebagai Puteri Emallyn
Fikry Ibrahim sebagai Noah Farizzam
Aedy Ashraf sebagai Darius
Iswan Ismail sebagai Lukman (Luke)
Jasmine Suraya sebagai Zuyyin
Nina Juren sebagai Tengku Shamiza
Azhar Amir sebagai Datuk Azizan
Lisdawati sebagai Puan Ayana