Isnin, Mei 08, 2017

Ogy Ahmad Daud Kembali Kemudi ABPBH 30



Edisi ke-30, ABPBH sekali lagi mengundang bintang hebat, Fauziah Ahmad Daud, untuk melaksanakan tugas sebagai pengacara anugerah berprestij itu.

Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, selain muncul antara pemenang terawal ABPBH, pernah beberapa kali bergelar pengacara anugerah terbabit. Jenaka spontan dan bersahajanya tidak pernah gagal menggeletek hati khalayak. Bersama artis ternama itu di pentas kelak ialah bekas personaliti radio terkenal, Faizal Ismail, dan bakat serba boleh, Zulin Aziz. – BH Online