Ahad, Mei 14, 2017

Nora Danish Bakal Tinggalkan Dunia Lakonan?



Akur dengan permintaan suaminya Nedim Nadzri, aktres Nora Danish berkata, dia bersedia untuk meninggalkan kerjaya lakonan demi memberi keutamaan kepada keluarganya.

Bagaimanapun, pelakon yang dikenali dengan sitkom Puteri ini berkata, tindakan yang akan diambil itu bukanlah secara drastik, sebaliknya, secara perlahan-lahan.

"Kalau itu permintaan dia, saya akur dan cuba mematuhinya demi keluarga. Namun, saya tidak akan terus berhenti secara mendadak.


"Selepas berkahwin saya perlu meletakkan suami dan keluarga sebagai keutamaan, buat masa ini saya mungkin akan lebih memilih tawaran yang datang," ujarnya. - mStar Online