Isnin, Mei 08, 2017

Miller Khan Tak Tahu Neelofa Popular; Akui Selesa Kerja Bersama



Pelakon dan model kelahiran Malaysia yang melebarkan sayap di Indonesia, Miller Khan, mengaku selesa bekerjasama dengan Neelofa yang juga pemilik empayar tudung, Naelofar Hijab.

Diundang menjayakan penggambaran kempen terbaru koleksi tudung Naelofar sempena Aidilfitri, Miller yang pernah membintangi filem Sepet pada 2005 memberitahu mereka banyak ketawa di set.

"Kami tidak berdepan masalah ketika penggambaran kerana baik saya mahu pun Neelofa, masing-masing profesional.

"Malah, kami banyak ketawa di lokasi penggambaran. Saya senang dengan komitmen Neelofa," katanya yang mengaku baru sedar populariti bintang jelita itu ketika menyudahkan penggambaran kempen raya berkenaan. - BH Online