Ahad, Mei 14, 2017

Mahu Jaga Maruah, Sedih Peminat Beralih Arah; Nora Danish Saman Fasha Sandha!



Tindakan Fasha Sandha meluahkan perasaan apabila dihalau daripada sebuah majlis pertunjukkan fesyen melangkah ke fasa berikutnya apabila Nora Danish mengambil tindakan saman terhadap Fasha Sandha dengan memfailkan tuntutan saman fitnah terhadapnya.

“Saya perlu menjaga maruah diri, keluarga dan keluarga mentua. Lebih menyedihkan, insiden yang berlaku memberi kesan buruk kepada perniagaan saya. Peminat saya juga ada yang sudah beralih arah, sekali gus memberikan pelbagai komen di laman sosial,” katanya kepada Harian Metro.

“Saya faham apa yang dilakukan penganjur kerana mereka tentunya mahukan majlis yang dapat berjalan dengan lancar. Saya sendiri sudah memaafkan pihak Glass Go Media, namun tindakan undang-undang yang saya ambil kepada pihak yang memfitnah saya adalah kerana tindakannya yang melulu tanpa usul periksa,” tambah Nora lagi.