Rabu, Mei 31, 2017

Lufya Hamil 4 Bulan



Tujuh bulan melayari bahtera rumah tangga bersama seorang doktor, Pelakon Lufya Omar akhirnya mendapat berita gembira apabila dia kini sudah berbadan dua.

Lufya ketika dihubungi mStar Online memberitahu, dia kini sedang hamil empat bulan dan mula berasa mual di peringkat awal kehamilan.

"Alhamdulillah, usia kehamilan saya kini mencecah empat bulan. Terima kasih di atas ucapan yang dikirimkan di laman Instagram setelah saya mula memuatnaik sekeping gambar memaklumkan hal ini semalam.


"Biarpun kami tidak pernah merancang soal memiliki cahaya mata, namun rezeki ini kami terima dengan penuh kesyukuran," katanya teruja.