Selasa, Mei 23, 2017

Lagu Aku Negaraku Wajib Dinyanyikan Dalam Perhimpunan Mingguan Sekolah!



Kira-kira 5 juta pelajar dan 400,000 guru di seluruh negara wajib menyanyikan lagu berjudul Aku Negaraku dalam perhimpunan mingguan sekolah bermula semalam.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Khair Mohamad Yusof ketika melancarkan lagu tersebut di Dewan Sri Budiman Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Utama di sini semalam.

Menurut Khair, semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan perlu menyanyikan lagu berentak kontemporari tersebut bersama nyanyian lagu kebangsaan, negeri dan sekolah masing-masing.

Katanya, penambahan lagu berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif program Negaraku yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan Malaysia.