Selasa, Mei 16, 2017

Kutukan Pelakon Kayu Itu Sangat Membantu - Fattah Amin



Bintang Paling Popular ABPBH 3.0, Fattah Amin berkata, kutukan atau kritikan yang diterimanya selama ini telah berjaya mengubah dirinya daripada seorang yang digelar sebagai ‘pelakon kayu’.

“Kutukan- kutukan itu membantu sangat, kalau pertama kali saya masuk industri orang puji saya takkan sampai ke tahap ini. Alhamdulillah kritikan itu yang membuatkan saya sentiasa memperbaikinya”

“Sampai sekarang pun saya masih belajar, sekurang-kurangnya segala kritikan dan kutukan memotivasikan saya, syukur Alhamdulillah itulah yang membantu,” katanya yang ditemui sebaik selesai sahaja ABPBH 3.0.