Isnin, Mei 15, 2017

Kentut Pun Mereka Kata Wangi - Johan



Di sebalik kemenangan besar di Anugerah MeleTOP Era 2017, Johan mempunyai pandangan tersendiri apabila membicarakan tentang peminat fanatik yang sanggup berhabis duit mengundi artis kegemaran.

“Saya marah mereka undi saya kerana pengundi saya bukan di kalangan yang berada. Mereka orang biasa. Duit yang mereka ada baik disedekahkan kepada anak yatim atau bantu ibu bapa, itu lebih baik”

“Tetapi inilah apabila dikatakan peminat, kita kentut pun mereka kata wangi. Jadi saya terima kasih kepada peminat kerana mengundi saya,” katanya kepada Malay Mail Online selain turut mengakui memarahi peminatnya kerana berhabis duit untuk menyokongnya.