Rabu, Mei 03, 2017

Johan Risau Kalau Zizan Tak Kahwin Sampai Ke Sudah!



Artis serba boleh, Zizan Razak, mengakui teman baiknya, Johan Raja Lawak, risau melihat keadaan beliau yang belum lagi bertemu jodoh. 

Zizan atau nama penuhnya Mohd Razizan Abdul Razak, 33, berkata Johan yang juga pelawak, pengacara dan penyampai radio itu yakin kehidupannya akan lebih teratur apabila beristeri kelak.

"Johan pernah memberitahu tidak mahu melihat saya solo sampai ke sudah. Dia yakin kehidupan saya akan lebih teratur dengan adanya isteri di sisi. "Nak buat macam mana, apabila bercakap mengenai jodoh, semua ini urusan Allah. Saya berserah dan setakat ini saya masih solo," katanya kepada BH Online.