Selasa, Mei 09, 2017

Jep Sepahtu Masuk Hospital!



Jep Sepahtu telah dimasukkan ke hospital kerana faktor kesihatan yang kurang baik. Hal ini telah dikongsi daripada akaun instagram Sinar Fm.

Foto yang dikongsikan di akaun instagram itu memaparkan gambar Jep terlantar di katil hospital dan sedang tidur.

Kapsyen di foto tersebut tertulis,
“Kesiannya @jepsepahtu kena tahan di hospital. Jom sama - sama kita doakan supaya Jep cepat sembuh dan sihat ye. Aminnnnn.. #sinarkongsi #sepahtusinar,” tulis admin Sinar.


Di ruangan komen gambar ini terlihat banyak komen yang mendoakan kesihatan Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin agar kembali sihat seperti sediakala.