Jumaat, Mei 12, 2017

Isu Kena Halau Dari Fashion Show; Hashtag Fasha Sandha Di IG Lucu Pun Ada!



Sejak semalam sudah heboh cerita Fasha Sandha sentap apabila diminta meninggalkan sebuah majlis fesyen kendalian Jakel yang menghimpunkan beberapa jenama popular termasuk melibatkan beberapa selebriti dan artis.

Khaabrnya, kehadiran Fasha Sandha tidak disenangi oleh salah seorang artis yang menjayakan pertunjukkan fesyen tersebut. Namun, tidak lama selepas itu, Fasha Sandha dibenarkan pula menyertai majlis tersebut.

Disebabkan peristiwa yang dianggap memalukan Fasha itu, aktres berkenaan tampil mencoret rasa hati di laman sosial instagram miliknya.

Yang paling menarik adalah hashtag yang digunakan Fasha Sandha. Bukan sahaja terang-terangan hashtag itu merujuk kepada seorang artis yang sekian lama pernah terkait dengan dirinya, bahkan bila dibaca-baca balik, lucu pun ada, baris-baris hashtag yang panjang itu.

#lainkalijangancaripasal 
#dahkahwinpuntakmoveonlagike 
#dahlahpendekakalpunpendek 
#teruskanlahpura2bahagiadalamIG 
#akudahceraidahpunapalagikaunak


Masih terkenangkan apa yang berlaku semalam.  Yes, i am a single mother, and i have SUPER POWER. Tapi sekuat manapun, jatuh juga air mata tanpa henti semalam. Setibanya saya di hotel semalam, saya terus ke bilik Nursajat untuk bersiap.  Tiba2 Nursajat beritahu saya, encik Izani Dari Pihak pengurusan Jakel memberitahu saya bahawa satu jenama artis lain yang turut ada dalam majlis fenomena raya tersebut akan TARIK DIRI jika saya hadir ke majlis tersebut.  Saya terkejut, kenapa tiba2 ada drama pula. Saya, dengan rela hati, sudah bersedia untuk balik, kerana saya tidak mahu masalah dan saya ingin menghormati majlis tetapi saya dipujuk oleh Rita Datuk Sosilawati , nursajat dan Manager saya @iman_imran75 Supaya bersifat PROFESSIONAL. Lepas 15 minit, pihak jakel telefon Sajat kembali dan memohon maaf diatas salah faham. Kata dia, pihak pengurusan jenama artis tersebut yang tidak mahu kehadiran saya dan telah menukar fikiran untuk membenarkan saya datang. Saya benar2 celaru dan kusut dengan situasi yang terjadi semalam.Saya betul2 dalam dilema dan terkejut dengan apa yang jadi. Saya dalam keterpaksaan, saya menurut nasihat pihak pengurusan saya,supaya pergi.  Saya dengan muka hiba, muka sembab baru lepas menangis, saya gagahkan diri saya untuk pergi.  Saya kotakan janji, saya pergi hanya untuk sajat for the first show dan saya terus balik.  Saya benar2 kecewa dengan apa yang terjadi semalam. Lain kali, kalau takmau saya ada, buat majlis solo, dah tentu majlis ni kepunyaan Jakel dan banyak jenama, Jadi akan ada jenama lain yang turut serta. Semalam awak cuba memalukan orang, cuba nak menghalau orang dari majlis.  U think dengan nama dan kekayaan yang u ada, u boleh sesuka hati nak cuba menghalau orang dari majlis yang bukan kepunyaan u? Saya akan ingat peristiwa ini sampai saya mati dan saya mendoakan awak cepat sembuh dari segala penyakit awak. Saya juga mendoakan awak bahagia selalu dan jenama awak sukses. Bersihkan dalaman agar awak betul2 gembira dengan kehidupan awak,bukanlah hanya kepura puraan . Ingat ya, saya sedar diri saya, saya dah bersedia untuk balik, tapi kerana PROFESSIONALISM, saya gagahkan diri saya.  All the best to you burung Hantu #moveonplease
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Kesian.... so kesiannnnn  Sesuai la u both , perangai budak2 ,childish.  Teruskan kepura puraan mu itu,  Keep on being arrogant,  Ramai pun tau kau punya arrogant tu macam mana. Tahap Dewa. Sekelip mata je Allah boleh tarik balik. Kaya pun dengan hasil orang lain untuk apa? Hah?  Fitnah?  What for fitnah? Hanya dapat dosa, AKU BERSUMPAH, diatas kedua anak2 aku Putra Rayfal dan Putri Raysha, kejadian semalam benar2 berlaku dan aku ada ramai saksi semalam.Kau patut check dengan pihak pengurusan kau, tindakan kau tu betul atau salah. . Kau ingat kau siapa? Suka hati nak cuba halau orang from an event? Lain kali buat show sendiri, tak payah nak campur dengan designers lain. . Stop being insecure please, kau lebih cantik, lebih kaya, lebih bahagia, apa lagi kau takut dengan aku ? . . . . Ya,aku tak sehebat kau Tapi 2 benda kau tak boleh lawan aku -dari dulu aku hidup dengan DUIT kerja AKU sendiri, bukan dengan duit LELAKI Unlike u, dari dulu satu keluarga pun orang kena tanggung. Pathetic. . -aku adalah ibu kepada 2 anak2 aku. . . Macam ni ya, Jangan risau ok, aku takkan attend mana2 event kalau ada nama kau., walaupun atas jemputan orang lain. Puas hati? . . END . . #lainkalijangancaripasal #dahkahwinpuntakmoveonlagike #dahlahpendekakalpunpendek #teruskanlahpura2bahagiadalamIG #akudahceraidahpunapalagikaunak
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on