Khamis, Mei 11, 2017

Irma Hasmie Tak Rancang Tambah Anak; Tak Mahu Anak Ramai Tapi Gagal Didik Anak



Pelakon dan pengacara wanita terkenal, Irma Hasmie menyatakan bahawa dia masih belum bersedia untuk kembali aktif dalam bidang lakonan dan lebih selesa menjadi pengacara.

“Saya tidak mahu terlepas detik penting bersama anak. Kalau boleh saya mahu mereka membesar depan mata.


“Keutamaan saya adalah keluarga. Ikutkan hati memang rindu berlakon drama bersiri tetapi status saya sekarang bukan lagi macam dahulu,” katanya.

  “Saya tiada perancangan menambah cahaya mata. Bagi saya fokus pada dua permata ini dulu. Saya tidak mahu orang berkata ada anak yang ramai tetapi gagal jadi ibu yang baik.

“Lagipun, komitmen saya sekarang padat apabila berniaga tudung. Selepas hampir enam tahun menjadi duta jenama tudung popular, saya terbuka hati untuk memulakan perniagaan tudung tahun ini. Saya mulakan dengan memperkenalkan dua koleksi tudung sarung dan alhamdulillah mendapat permintaan yang tinggi,” ujarnya lagi.