Ahad, Mei 28, 2017

Hero Seorang Cinderella Atasi Kejayaan Suri Hati Mr. Pilot



Michael Ang adalah manusia paling gembira di muka bumi ini apabila dikhabarkan drama bersiri terbaru produksinya, Hero Seorang Cinderella, memperoleh jumlah tontonan tinggi sebaik disiarkan di Astro Ria.

Lebih membanggakan dikhabarkan jumlah tontonan Hero Seorang Cinderella mengatasi kejayaan drama bersiri Suri Hati Mr Pilot.

Ternyata formula Suri Hati Mr Pilot digunakan Michael Ang terhadap Hero Seorang Cinderella membuahkan hasil, apatah lagi menggandingkan pelakon popular, Fattah Amin dan pelakon terbaik, Fazura.

Penonton yang mengikuti drama ini dari episod pertama kebanyakannya memberi komen positif. Kata mereka, kekuatan Hero Seorang Cinderella terletak pada Fazura. Sebagai pelakon berpengalaman, Fazura memberi penuh penghayatan pada watak dijayakan. Malah kalau diperhatikan persembahannya seperti dia menjayakan filem dan bukannya drama bersiri. - Metro Online