Jumaat, Mei 12, 2017

Haqiem Rusli Selesa Menyanyi Berkaca Mata Hitam



Penyanyi baharu, Haqiem Rusli, lebih berkeyakinan untuk mengadakan persembahan dengan menggayakan kaca mata hitam. Beliau memilih untuk tidak mengendahkan cemuhan sering dilemparkan terhadapnya kerana berpendapat, muzik harus disampaikan secara telus dan bukan diukur dengan penampilan semata-mata.

"Saya maklum ramai yang bercakap mengenai penampilan kaca mata hitam ini, namun saya tidak terkesan dengan komen negatif sebegitu. Lebih penting untuk saya mengutamakan keselesaan diri ketika menyanyi. "

Jadual kerja yang padat membuatkan saya kurang rehat dan mata sering kali bengkak. Jadi, saya lebih berkeyakinan untuk menyanyi di atas pentas dengan memakai cermin mata hitam," katanya kepada BH Online.