Isnin, Mei 01, 2017

Hafiz Hamidun Sah Bergelar Suami Kepada Joy Revfa



Penyanyi Hafiz Hamidun selamat bergelar suami kepada pengasas kosmetik Siti Arifah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa dengan sekali lafaz petang Isnin.

Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana kira-kira pukul 3.20 petang di Dewan Masjid Negeri, di sini.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun, 33, dan Joy dinikahkan oleh Imam Masjid Tun Uda, Firdaus Subhi.


Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pengantin lelaki sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya