Jumaat, Mei 05, 2017

Fazura Dan Fattah Amin Duet Lagu Tema Drama Hero Seorang Cinderella



Fazura dan Fattah Amin bakal berduet menyanyikan lagu tema bagi drama adaptasi novel Hero Seorang Cinderella arahan Michael Ang.

“Ya, saya baru dapat pengesahan tentang lagu itu daripada pihak pengurusan hari ini. Saya dan Fattah akan menyanyikan lagu duet berjudul sama dengan drama tersebut, Hero Seorang Cinderella. Sepatutnya malam ini kami kena masuk studio untuk rakaman tetapi masing-masing sibuk”, katanya.