Sabtu, Mei 06, 2017

Fattah Amin Bukan Pelakon Kayu - Fazura



Ada netizen yang memberi pandangan bahawa lakonan Fattah masih belum memuaskan, malah ada menyifatkan lakonan bekas Hero Remaja itu sebagai ‘kayu’.

Fazura ketika ditanya mengenai perkara tersebut memberitahu sebagai seorang yang terlebih dahulu terjun ke dunia lakonan, dia berani mengatakan aktor itu bukanlah pelakon kayu seperti yang dikatakan sesetengah pihak.

“Bagi saya, banyak yang akan dia buktikan sebagai pelakon dalam drama ini,” terang Fazura.

Gandingan Fazura dan Fattah Amin menerusi drama Hero Seorang Cinderella yang akan ditayangkan 22 Mei depan. - Media Hiburan