Selasa, Mei 30, 2017

Ezlynn Cerai Atau Tidak, Terjawab 11 Julai Ini!



Status rumah tangga penyanyi Ezlynn dan suaminya Adam Fahmy akan diketahui pada 11 Julai depan selepas jawatankuasa pendamai mengemukakan laporan berhubung jalan penyelesaian dalam kes perceraian itu. 

Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Mohamed Hizwan Mohamed Nor menetapkan tarikh berkenaan bagi membolehkan jawatankuasa pendamai yang dilantik oleh pihak plaintif iaitu Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 35, dan Adam Fahmi selaku defenden  mengemukakan laporan mereka kepada mahkamah. 

Peguam yang mewakili Ezlynn, Izyan Hazmi Ahmad berkata, pelantikan jawatankuasa dibuat berikutan tiada persetujuan bersama dalam meneruskan hasrat untuk bercerai. 

"Jawatankuasa pendamai terpaksa dilantik berikutan tiada persetujuan bersama dalam hal ini. Pada perbincangan asal defenden bersetuju untuk bercerai tapi menukar fikiran pada saat-saat akhir. 


"Keputusan sama ada bercerai atau masih berdamai akan diketahui pada 11 Julai ini selepas laporan jawatankuasa pendamai diserahkan," ujarnya. - mStar Online