Selasa, Mei 09, 2017

Emmanuel Macron Presiden Termuda Perancis Yang Kahwini Gurunya Sendiri, 24 Tahun Tua Daripadanya!




Calon berhaluan tengah Perancis, Emmanuel Macron telah berjaya dinobatkan sebagai Presiden Perancis dalam pilihan raya negara itu pada Ahad lalu.
 
Keputusan akhir menunjukkan, Macron, 39, memperolehi lebih 65 peratus undi, berbanding 34 peratus undi yang diterima pencabar Le Pen, selakigus melayakkan beliau untuk tampil menjadi presiden termuda negara itu.


Menarik lagi, jejaka yang berasal dari Amiens, Perancis ini telah berkahwin dengan gurunya yang jauh lebih tua daripadanya. Brigitte Marie Claude Trogneux, 63, merupakan guru bahasa Perancis kepada Macron sewaktu dia berusia 15 tahun. 

Macron dan Trogneux berkahwin pada tahun 2007. Hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Trogneuxe memiliki tiga orang anak dan tujuh orang cucu. Macron dan Trogneux pula masih belum memiliki anak hasil daripada perkahwinan mereka.