Isnin, Mei 01, 2017

Elle Zada Jual Baju Raya Lagi; Adam Corrie Jadi Duta



Siapa yang boleh lupa kontroversi baju raya tak siap yang melibatkan butik jenama Elle Zada. Tahun lepas kerjasama Elle Zada dengan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin membuatkan jenama itu dikenali sekelip mata oleh masyarakat.

Namun, kegembiraan yang dianyam untuk menyarung baju raya yang mengguna pakai nama selebriti tidak dapat dinikmati semua, apabila Elle Zada gagal menyiapkan setiap tempahan yang dibuat pelanggan meskipun ada yang menempah sejak dua hingga tiga bulan sebelum Ramadan.

Tahun ini Elle Zada jual baju raya lagi. Di Instagram Elle Zada sudah ada jaminan dibuat bahawa peristiwa tahun lepas tidak akan berulang! Persoalannya, adakah pelanggan tetap mahu ambil risiko?

Terpulanglah kepada yang mahu membeli. Oh ya, tahun ini duta Elle Zada ialah Adam Corrie. Erk, kenapa jauh lari pemilihan selebriti dengan kerjasama eh? Daripada Samtilla terus kepada Adam Corrie! Opssss!