Khamis, Mei 18, 2017

David Teo Kena Tampar, Hanya Salah Faham!



Mengulas isu David Teo ditampar Mat Over, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berkata, isu David To ditampar oleh Mat Over atau Sulaiman Yassin itu hanyalah sekadar salah faham sahaja.

"Perkara ini hanya salah faham dan sesiapa yang kenal David pasti tahu dia memang bercakap dengan kuat tetapi bukan bererti dia marah.

"Tetapi perkara itu pun sudah berlaku dan masing-masing sudah bermaaf-maafan dan ia sudah pun diselesaikan.


"Paling penting sekarang kita teruskan hidup dan mengutamakan isu-isu terhadap industri seperti mana diketengahkan dalam acara itu," katanya. - mStar Online