Rabu, Mei 03, 2017

Dah Ada Anak Dua Tapi Memey Tetap Malu Dengan Norman!



Biarpun sudah beberapa tahun melangsungkan perkahwinan bersama aktor Norman Hakim dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, selebriti Memey Suhaiza berkata bahawa dia masih malu dengan suaminya itu!

Aik, takkanlah malu lagi?!

Hah, malu yang dimaksudkan Memey Suhaiza adalah apabila suaminya menonton dia beraksi di kaca televisyen khususnya berlakon.

Memey sebolehnya tidak akan membenarkan Norman menonton drama lakonannya ketika mereka meluangkan masa bersama.

Dalam pada itu, Memey Suhaiza yang dilihat aktif dalam perniagaan Meylana mengakui merindui dunia lakonan. Katanya, dia akan mempertimbangkan tawaran lakonan andai kena dengan jadual dan masanya.