Ahad, Mei 28, 2017

Bhujibu Chempel Boleh Buat Duit - Hairul Azreen



Pelakon Hairul Azreen menganggap kucing peliharaannya, Bujibu Chempel membawa tuah kerana menerima permintaan daripada peniaga untuk membuat ulasan produk di Instagram.

“Kucing pun boleh buat duit. Bagi saya itu rezekinya dan kami tidak pernah merancang sesuatu untuk menjadikan dia popular di media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, Hairul menjelaskan tujuan dia membuka akaun Instagram untuk Yusuf bagi mengumpul gambar anaknya itu.

“Gambar saya sewaktu kecil semuanya musnah dalam banjir. Jadi, saya tidak mahu anak hilang gambar kenangan,” katanya.

Bercerita mengenai Ramadan, Hairul memilih untuk berbuka puasa bersama keluarga.


“Saya mahu menghargai masa bersama keluarga,” katanya. - Harian Metro