Jumaat, Mei 05, 2017

Banyak Pengacara Sampah Sekarang - Azwan Ali



Azwan Ali menerusi majalah Pepatung menyatakan pengacara zaman kini ramai yang tidak mempunyai kreadibiliti untuk mengacara.

“Kebanyakan pengacara sekarang sampah! Biarkan mereka belajar daripada carutan terpaksa ini. Saya perhatikan lambakan bintang yang mengecap populariti mendadak hanya kerana bergelar pengacara. Suka untuk saya mengingatkan bahawa tugas pengacara penuh dengan adab sopan”

“Produk yang ditampilkan sebagai pengemudi acara amat mendukacitakan. Bukan saya saja yang mengkritik, malah masyarakat. Kebanyakan program yang kononnya berprestij cenderung mengutip bintang yang tidak memiliki kepakaran. Mereka diangkat kerana populariti dan faktor rupa semata.”

Malah Azwan turut memetik kejadian sebuah stesen televisyen yang terpaksa menggantung kerja seorang pelawak dan membuat permohonan maaf yang terlebih berjenaka mengenai nama bapa seorang atlet. - Rotikaya